"Cak cak cakkkk!!" Penyampai-penyampai radio pertama di Planet Hitam terdiri daripada, Adifashla, Ray, Cham, Nana, Reza, dan Burn!! Dan pengurus radio nombor 1 Planet Hitam itu adalah Nazri Noran, yang sangat berpengalaman dalam bidang radio ini kerana dulu beliau pernah bersama dengan sebuah radio di planet lain.. planet yang bercakap bahasa Geremaner..

Pada 11 December 2008, Era akan dikenali sebagai radio Cicakman Era - Radio Nombor 1 Planet Hitam! Ini lah buat pertama kalinya Era buat something macam nie.. dan setakat ini, tak ada 1 pun radio berbahasa Melayu buat sesuatuseperti ini.. jadi, kalau tetiba dengar ada radio berbahasa Melayu yang lain buat, maknanya diorang tiru lah tu!! kan??? jadi, jangan terpengaruh dengan radio-radio klon!!

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KRU Studios kerana bekerjasama dengan Era dalam mempromosikan Cicakman 2 - Planet Hitam.. thank you Norman for signing the deal! harap-harap kita boleh dapat lagi bekerjasama di masa yang akan datang.. thanx again KRU Studios!!

JANGAN LUPA SAKSIKAN CICAKMAN 2 - PLANET HITAM yang berada di pawagam bermula 11 Disember 2008!! Rizal dah tengok.. fuuuuuuhhhhhhhh memang terangkat lah kerusi kat panggung wayang tu.. kluar2 jek panggung tu, semua dok "cak cak cakkkk".. hehehe.. PEACE!!

-DJ Rizal-

Cuti sekolah nie ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka.. al-maklumlah, sedara mara banyak boleh ambik cuti untuk tolong menolong.. betul tak? :-p.. Termasuklah raja sms kita, Mawi!! Pada 20hb Disember ini, beliau akan menamatkan zaman bujang nyer.. Kitaorang kat Astro aper lagi, mengambil kesempatan ini untuk meraikan bersama-sama dengan Mr. & Mrs. Mawi.. Astro dengan bangganya mengaturkan majlis perkahwinan mereka dan seluruh rakyat Malaysia boleh menyaksikan Mawi membuat lafaz nikahnya secara langsung di Astro Awani nanti.. dan semestinya, Era pun akan membuat liputansecara langsung dari Johor Bahru untuk memberi pendengar2 Era mendengar Mawi membuat lafaznya secara esklusif.. amacam? "ok tak??" (ray, aku dah pinjam banyak kali dah nie :-p)..


(semua yang terlibat dalam majlis perkahwinan ini tengah
mengadap boss besar Malay Programming Astro - En. Zainir..
biasalah, masing2 buat presentation.. :-p)

Jadi, kami di Era dan Astro, seperti mana keluarga pengantin membuat persiapan untuk perkahwinan anak2 mereka, seperti itulah kami membuat persiapan untuk majlis perkahwinan Mawi.. ye lah, Mawi-Astro-Era kan semua satu family.. jadi kitaorang tolong menolong lah :-)..


(nie semua pengapit-pengapit belakang tabir.. hehe..)

Ikuti perkembangan majlis perkahwinan Mawi & Ekin di Era sepanjang bulan Disember ini.. dan yang paling best, dengar lah cerita persiapan perkahwinan kedua mempelai ini dan cerita cinta mereka dari mulut Mawi dan Ekin sendiri di Era FM.. esklusif kat Era je tau! radio lain tarak!! hehe.. PEACE!!

-Rizal-

p/s: saya ada sebut yang ada sesuatu yang saya nak kongsikan bersama-sama dengan anda kan? hmmmm... akan menyusul tidak lama lagi.. hehe.. sabar ye :-p

Amacam balik kampung? "Ok tak??" (ray pinjam tagline ko kejap :-p).. ada yang balik kampung, ada yang tak balik.. pada yang balik kampung tu, semoga korang bergumbira bersama sanak saudara.. pada yang tak balik tu, mungkin ada kerja ke, ataupun tak berkesempatan nak pulang ke, takpe.. time-time macam nie, kita telefon sedara2 kita, ucap selamat ataupun bertanya khabar pun dah kira ok.. yang pentingnya niat kita tu ingin bersama dengan keluarga kita tu ada..

Kepada kawan2 sekerja ku Ray, Nana, Reza, Cham, dan Adi!! Amacam membuat ibadah qurban bersama pendengar2 setia Era? "Ok tak??" (ray aku pinjam sekali lagi..) Terima kasih banyak2 saya ucapkan kepada pendengar2 setia Era yang memberi peluang kepada penyampai2 Era untuk meluangkan masa mereka di kampung anda.. Dengar cerita, diorang memang seronok sangat, walaupun ada sesetengah tempat tu hujan, tapi korang tetap bersuka ria dengan penyampai2 Era kan? Thank you very much again! :-D.. dan kepada Ray, Nana, Reza, Cham dan Adi, terima kasih banyak2 kerana meluangkan masa dengan pendengar2 Era.. abang2 skuad Era kita, terima kasih banyak2 jugak sebab menjalankan tugas dengan baiknya di kampung2 yang korang pergi tu.. :-D

Rizal baru saja balik dari kampung orang rumah saya di K.Pilah, N9.. jalan dekat Pilah, fuyooooooo.. memang bumper2bumper lah.. tak bergerak pun.. nasib baik pak cik saya suruh lalu jalan Inas.. lalu situ, lepas tu tembus kat Rembau.. kurang sket jam tu.. tapi bila masuk highway, fuhhhh, semua dah raya sakan kat kampung masing2!! Dan, seperti biasa, time2 jalan sesak, ada jek kutu2 yang pakai emergency lane.. kenapa lah diorang nie bebal sangat.. dah cakap banyak kali pun degil jugak.. ada yang bawak kete besar dan mahal pulak tu!! haih.... nak buat aper lah ngan diorang nie.. tak makan saman langsung!!

Anyway.. Rizal ada sesuatu nak kongsi bersama anda.. sesuatu yang menarik.. sesuatu yang mungkin boleh menukar persepsi anda mengenai Era.. (harap2 lah).. kita sambung kejap lagi k? :-)

-Rizal-

Pusing mana-mana, Era tu lah, Era nie lah.. macam-macam berlaku di Era.. banyakfeedback saya dapat.. tapi sebenarnya, yang baru dan yang lama sama jek..

Cuba bayangkan.. kalau satu hari, kita dapat kereta baru, memang hampir 99% semua pasal kereta baru tu best.. tapi, padahal kereta baru tulebih kurang sama jek ngan kete lama.. tayar ada 4, ada stereng, ada enjin, ada macam-macam lagi lah..

Cerita dier macam nie.. kereta lama tu dah lama berjasa kepada pemiliknya.. dah bertahun-tahun kereta tu bawak pemiliknya kemana jua ia dipandu.. kereta tu dah tengok segala-galanya dalam kehidupan pemiliknya.. susah dan senang, kereta tu pernah lalui bersama dengan pemiliknya.. tapi satu hari, ada kereta baru muncul, tetiba kereta lama tu konon-kononnya banyak masalah.. macam-macam masalah.. semuanya bagaikan alasan nak buang kereta lama sebab nak yang baru..

Era nie dibaratkan sebuah kereta yang lama. Walaupun Era sudah mencecah 10 tahun, Era akan terus memberikan sesuatu yang baru kepada anda.. kalau kereta lama boleh masuk enjin baru, bodykit baru, rim baru, Era pun boleh member nafas baru! Siap ada turbo lagi!! Dengan maklum balas yang kami terima daripada anda, peminat setia Era, (thank you very the much!!) dan tenaga-tenaga pekerja yang berpengalaman, Era akan terus memberikan sesuatu yang happening untuk anda.. ini adalah salah satu cara kami mengucapkan terima kasih kepada anda yang setia mendengar Era yang menyambut ulang tahunnya yang ke-10 pada tahun ini.

Kalau awak pergi ke blog Pak Tam, memang penuh blog dier dengan gambar-gambar kereta yang memakai emergency lane.. susah betul ngan orang-orang nie kan? Polis dah buat Ops Sikap, kat tv dah kluar macam-macam iklan cakap jangan pakai emergency lane, adeeeee jugak yang bebal!! Jadi saya pun nak tumpang geram sama.. gambar nie diambil dalam Smart Tunnel baru-baru nie..

Cuba tengok tu.. kereta sikitnya hebat.. tapi pemanduannya kurang hebat.. dalam Smart Tunnel yang sempit tu pun nak jugak menyelit kat emergency lane yang agak comel tu.. saya tengah duduk dekat lorong kanan.. Gen2 tu pulak lorong belah kiri.. kereta tu pulak lorong aper? Sungguh memalukan.. yang lagi memalukan, cuba tengok dekat plate number kereta tu ada aper..

Polis! Tangkap ini orang! saya ada plate number sebenarnya dier! kalau nak tau, email saya, djrizal@era.fm.. hehehehe..



PEACE!
DJ Rizal

Hari raya yang diraikan dalam bulan Syawal nie adalah masanya untuk kita pulang ke kampung, berjumpa dengan saudara-mara, bergelak ketawa, bersuka ria bersama keluarga kita dan yang paling penting sekali bermaaf-maafan dengan kaum keluarga tersayang dan juga bersama saudara-saudara Islam kita..

Jadi Rizal ingin mengambil kesempatan dalam bulan Syawal yang mulia untuk meminta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada anda, pendengar setia Era.. kalau saya ada tersasul, tersilap cakap atau terkasar bahasa masa saya berbual dengan anda masa on-air, sorry bebanyak yeee..


(nie sewaktu rakaman Raya@Era.. Adi tengah cakap jowo dier tu lah!
Nana pun tersengih-sengih jek.. dalam hati dier, "Adi nie senget lah")

Kepada rakan-rakan sekerja saya di Era:

Nana, Kiran, Adi, Pak Nil, Linda, Reza, Aimee, Ray, dan ahli-ahli Skuad Era Avansa Utara-Selatan-Tengah - kalau saya ada terkasar bahasa masa meeting ke, masa dalam perjalanan ke destinasi-destinasi Jelajah Era ke,masa time makan ke, tak pun masa dalam studio ke, I apologize from the bottom of my heart. Saya tak nak kita bermasam-masam muka kat office.. I want to have a fun and happy environment dekat Astro tu k? Let's make Era kekal radio nombor 1 negara!


(kesian Ray.. dalam hati dier pulak, "bila lah nak habis nie.. kejap lagi nak
buka dah.. nak jugak aku makan lauk orang rumah aku masak.. haih")

Tak lupa juga kepada Brian, Pengurus Kanan Rancangan Era, yang meluluskan gaji kitaorang semua, minta maaf bebanyak ye boss! Dan kepada Pak Tam, Pengurus Rancangan Era dan juga roommate saya kat office tu, kalau saya ada terlepas gas-gas yang tidak diingini ke, tak pun panggil tapi buat-buat tak dengar ke, sorry ye?? hehe.. takdelah memain jek.. but seriously, kalau terkasar bahasa, minta maaf banyak-banyak.. 0-0 k? And to Faraa-d, the care taker of our blogs, sorry kalau tak update blog lama yee.. janganlah rajin sangat report kat Brian tu pasal blog-blog yang jarang diupdate.. hehe.. peace!


(ok dah selesai! yeay! kitaorang tengah tunggu boss cakap, "It's a wrap!"
selagi tu dier tak cakap, selagi tu lah kitaorang tak boleh balik..)

Dan juga saya ingin mengambil kesempatan dalam bulan Syawal yang mulia untuk meminta maaf banyak-banyak kepada isteri dan anak-anak saya.. kalau Papa balik rumah tension-tension lepas tu masam muka kat you all, I'm sorry k? I love you very much.. rumahku syurgaku.. balik rumah mesti hilang segala office tension!


(dari kiri adikku Razi, sepupu2 ku Hana, Eda, n Fahmi.. miss you guys!)

So, oklah.. I've already said my sorries to my colleagues and love ones.. Anda dah bermaaf-maafan dengan saudara-mara anda ke belum? Kalau dah, Allhamdullilah.. kalau belum, please do so.. dan kepada anda yang dah tak balik kampung lama tu, balik lah sebelum terlambat.. banyak iklan kat tv tu suruh korang balik, ingat-ingatlah orang kat kampung, dan bermaaf-maafan dengan orang-orang tersayang.. kalau dah gaduh lama tu, cuba-cubalah untuk berbaik semula.. dengan berbuat demikian, you will get nothing but pahala!



Selamat Hari Raya Aidilfitri
DJ Rizal

...mintak boss, duit lah bonus.. supaya kita semua boleh joli katak masa raya.. "Hi, saya Rizal dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf, zahir dan batin.. semoga segala salah dan silap saya diampunkan dengan ikhlasnya.. i love you all!" hehehe.. macam familiar je kan? tapi, betul.. kepada artis-artis, pr-pr, manager-manager yang selalu hantar CD kat saya untuk dimainkan di Era, kalau ada salah silap, sorry yee.. kepada pendengar-pendengar pulak, kalau ada terkasar bahasa masa on-air tu, sorry lah yee.. 0-0 tau! Lepas nie buat bersalah silap atas kertas baru.. hehe.. takde lah.. harap-harap takde lagi buat salah dan silap..


(Rizal tengah seronok makan kutupat dengan rghendang!! yang sebelah tu pulak, cousin Rizal.. dialog dier, "Sara nanti salam ngan SEMUA orang tau! make sure semua bagi duit raya! dapat balik modal mak nanti!!".. hehe.. KakLita jangan mare yee)

2 hari sebelum raya, saya dan keluarga saya telah bersiap untuk ke utara Malaysia, iaitu ke negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman.. itu lah tempat kelahiran dan tempat ayah saya, En. Sahimy, membesar.. seronok bila balik ke kawasan kampung.. aman, tenang, udara hmmmmmm.... oh, very the fresh one!.. Tapi, masa kitaorang sampai Alor Setar, fuhhh punya lah kita tergezut! Jiran sebelah Rizal yang singgah Alor Setar sehari sebelum raya pun tergezut! Bandar Alor Setar, yang famous dengan Pekan Rabu nya ada traffic jam!! Bukannya traffic jam yang biasa-biasa tau! nie memang traffic jam yang horror sampai kete nak bergerak pun payah!


("haaa, sekarang turn you pulak nak ganti pampers baby eh.. haritu i dah buat dah..
jangan nak pura-pura tak tau pulak..")

Sepanjang hidup saya bila balik ke kampung halaman di Alor Setar, tak pernah-pernah jam.. tapi haritu memang sesuatu yang mengejut kan lah.. but come to think of it,eloklah Alor Setar tu ada jam sket.. nampak sangat Kedah maju kan? itu lah target negeri tersebut.. pada tahun 2010, Kedah target untuk menjadi maju! macam KL ke? kalau maju dari segi pembangunan, yes boleh jadi macam KL.. tapi kalau maju dari segi menambahkan kesesakkan jalan raya, tolonglah jangan macam KL.. karang balik kampung jam, balik ke KL pun jam.. takde beza..


(Makan lagi.. tadi gambar kat atas, gambar makan.. lepas tu gambar tengah lepak..
sekarang gambar makan lagi.. lepas ni gambar aper pulak??)

Hari raya, seperti biasa lah.. dapat jumpa sedara-mara, makcik2, pakcik2, jiran-jiran kat kampung yang masa kecik2 dulu asyik bergaduh jek ngan diorang! tapi dah besar-besar nie, cuma bergurau senda jek.. mungkin ada kasar sket lah gurauan tu.. saje nak lepas geram for old time sake.. hehe.. tapi dulu masa kecik-kecik, kita collect duit raya.. tapi sekarang kene bagi duit raya!! uwaaaaaaa!! tapi takpe, duit raya yang diberi, akan didapatkan semula.. itulah kegunaannya anak-anak kecil yang kita produce kan?? hahaha!!


(hmmm.. dah agak dah.. gambar tengah lepak a.k.a. mengular sebab dah telan itu kutupat!)

Anywayz, hari ini hari Ahad.. waktu Rizal tulis blog nie adalah 5 October (Ahad) 11:24pm.. besok kene bangun pagi back to work!! lagi lah besar Rizal punya UWAAAAAAA!!!!!! Memang berat lah mataku untuk membuka di pagi Isnin yang indah untuk pulang ke tempat kerjaku setelah puas bercuti raya selama seminggu.. tapi bagus jugak.. takleh cuti lama-lama.. nanti duduk rumah mati akal pulak.. karang mula lah Rizal menyakat orang-orang yang kat rumah nie.. I'll see you all tomorrow.. PEACE!!



Selamat Hari Raya Aidilfitri
DJ Rizal

Biasanya bulan puasa nie, kita mesti terliur.. terliur tengok makanan, tengok air yang best giler, tak pun tengok gambar-gambar buffet yang ada dekat hotel-hotel, restaurant, dan macam-macam lagi lah.. tapi haritu Rizal pun ada terliur jugak! tapi bukannya tengok makanan.. tapi tengok kereta.. nie bila tengok, memang sah, "fuyoooohh."


(nasib baik kete nie dalam parking lot tak bergerak..
kalau kat luar tengan berjalan, memang jenuh nak mengejar nyerr)

First sekali, masa Rizal nak buka dekat KLCC, ternampak pulak sebuah Honda NSX parking kat B1.. kalau kereta nie, dah biasa jugaklahnampak sebab banyak jugak Honda NSX di jalan-jalan KL nie.. tapi, kereta nie unik sikit.. enjin dier, bukannya tertutup macam kereta-kereta biasa tu.. bonet enjin dier cermin! memang boleh nampak segala-galanya dalam enjin dier! Kebiasaannya kita nampak Volkswagen yang lama-lama tu ada lah nampak pakai bonet transparent untuk enjin dier kat belakang tu.. tapi nie Honda NSX pakai bonet transparent! kalah orang pakai bonet carbon fibre.. haha!


(terpampang terang2 ke'vtec'an dier tu.. dan gauge meter kat tepi tu,
adakah ia untuk NOS yang tersembunyi nun jauh di dalam tu?)

Yang sedar bonet kereta nie, orang rumah Rizal.. dier tanyer kat Rizal haritu, "Orang nie tak takut cermin dier kene pecah ke?".. masa tu Rizal heran lah kenapa dier cakap macam tu.. tapi bila tengok dekat-dekat, rupa2nya enjin dier terpampang rilek jek kat bawah cermin tu.. nampak lah battery dier, air intake yang famous rupa macam cendawan tu, even dier punya amplifier pun boleh nampak! memang Rizal tabik springgg lah kat orang nie sebab memang berani men'transparent'kan segala-galanya.. tapi, kalau dah kereta macam tu, ada ke orang yang berani nak pecah cermin tu curik barang-barang dier? kalau dapat tuan punya kereta tu orang yang berpengaruh, tak sampai ke lubang cacing dier carik pencuri tu nanti? hehe..

Chiaoz!
DJ Rizal

Kita dah puasa selama 18 hari.. lagi 12 hari lagi nak raya.. puasa cukup tak? ada yang tertinggal ke, pagi-pagi dah terbatal ke, terbuka awal ke.. karang orang tengah syok beraya, ada pulak yang kene puasa ganti.. kalau perempuan takpelah, memang time "cuti" tak boleh puasa pun, tapi kalau lelaki macamana? selagi tu masih lagi berupaya untuk puasa, selagi tu kita takde sebab untuk tak berpuasa kan?? wah, dah jadi macam Pak Nil pulak.. haritu kan dier on air cakap pasal orang-orang yang tak puasa dengan selambanya.. hehe.. Pak Nil is on a mission to find and fine those yang tak puasa! haha!


(pelayan yang bernama Linda Onn tu tengah sibuk bekerja!)


Anywayz, time-time puasa nie lah kita patut mengambil kesempatan untuk beribadah dengan lebih extra. Kita collect pahala banyak-banyak.. :-p.. dan cakap pasal pahala, saya dengan cerita akak kita Linda Onn tu ada buat majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dekat restaurant dier di Ampang Point.. Selasa nie ke Linda? Kalau nak tau lebih lanjut, cuba check out blog Linda.. mesti dier ada cerita punyer lah.. hehe..


(cuba tengok abang skuad kita tu makan..
manyak lincin ooo! psst.. nama dier Fad)

Dan cakap pasal Linda Onn, haritu Rizal bersama Skuad Era Avansa (Zon Tengah) telah berbuka puasa bersama Sinar Harian di restaurant My Mom's Chicken Rice Shop di Shah Alam.. ramai jugak yang buka kat situ.. sebab tu lah haritu Linda kelam kabut dengan cousin dier serve orang.. abang-abang skuad kita pun tolong jugak jadi waiter! cayalah korang! memang betul-betul boleh multi-tasking lah..


(kesian adik kecik tu.. abg skuad yang duduk sebelah
dier paksa dier makan.. tu yang tangan dah naik dahi)

Buka puasa bersama Era dan Sinar Harian berlangsung setiap Jumaat! Jadi kalau nak buka puasa free, pastikan awak kejar Skuad Era Avansa (Zon Tengah) setiap hari Jumaat jam 6:40pm.. the first 10 akan dapat makan free! Jadi apa tunggu lagi.. pergi lah kejar diorang petang nie sebab hari nie diorang akan berbuka di sebuah restaurant Thai dekat Damansara.. tak ingat pulak nama.. kene check email balik lah nanti..

Oklah.. sampai sini saje Rizal akan type.. aper2 hal, roger2 lah Rizal dekat djrizal@era.fm.

Chiaoz!
Rizal Sahimy

Kalau tengok dalam blog Adi, ada lah video yang Nana tengah nak tempek lalat dalam van tu pakai kasut dier.. Adi ngan Nana tu memang hyper sentiasa.. sebab tu lah kalau dengar diorang pagi-pagi tu kan, asyik gelakkkk jek memanjang.. tapi, sehyper-hyper diorang pun, mesti ada satu tahap tu yang diorang akan penat kan? Jadi, nie gambar Adi tengah tido.. sebenarnya, saya ada video Adi tengah berdengkur.. tapi kesian plak dier nanti.. kalau dier dapat tau, sah dier kejar Rizal dengan kintle dier nanti! So, gambar je lah korang dapat tengok..hehe..


(rasa-rasanya kalau letak gambar Nana tengah tido kan,
dier marah tak?
hmmmm... ade ke gambar dier tengah tido yeak?)

Masa semua orang tengah tido.. van tu tetiba senyap jek kan, lepas tu kita sorang jek yang mata terkebil-kebil susah nak lelap, mula lah kita tengok luar, tengok kete sebelah, bas ke, lorry ke.. betul tak? I'm sure you've experienced it before kan? haaa.. time-time macam nie lah you akan start terpikir pasal macam-macam.. boleh jadi bende jiwang yang maybe ingat kat orang-orang tersayang ke.. tak pun pikir pasal keje ke.. tak pun ada jugak terpikir bende-bende yang kita buat dulu yang terasa bodoh ke, incident-incident yang nostalgic ke.. macam-macam lah.. ade kan?? Tak pun yang paling best skali, kita mula berangan! bawak kete yang kita idamkan ke, macam-macam lah terpikir masa tengah senyap sorang-sorang tu.. hehe..


(sesiapa yang slalu travel utara, mesti korang tak miss scenenary nie kan?
nampak jek sign tapah tu, mesti korang dah start tengok-tengok belah kanan tu :-p)

Oklah.. Rizal nie dah kekeringan idea aper nak tulis.. jadi sebelum Rizal start melalut and korang akan mula rasa boring baca, baik Rizal sign off dulu kan? Aper2 hal, my email is always open djrizal@era.fm..

Chiaoz!
Rizal Sahimy