Selamat Hari Raya, kepada pendengar serta...

...mintak boss, duit lah bonus.. supaya kita semua boleh joli katak masa raya.. "Hi, saya Rizal dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf, zahir dan batin.. semoga segala salah dan silap saya diampunkan dengan ikhlasnya.. i love you all!" hehehe.. macam familiar je kan? tapi, betul.. kepada artis-artis, pr-pr, manager-manager yang selalu hantar CD kat saya untuk dimainkan di Era, kalau ada salah silap, sorry yee.. kepada pendengar-pendengar pulak, kalau ada terkasar bahasa masa on-air tu, sorry lah yee.. 0-0 tau! Lepas nie buat bersalah silap atas kertas baru.. hehe.. takde lah.. harap-harap takde lagi buat salah dan silap..


(Rizal tengah seronok makan kutupat dengan rghendang!! yang sebelah tu pulak, cousin Rizal.. dialog dier, "Sara nanti salam ngan SEMUA orang tau! make sure semua bagi duit raya! dapat balik modal mak nanti!!".. hehe.. KakLita jangan mare yee)

2 hari sebelum raya, saya dan keluarga saya telah bersiap untuk ke utara Malaysia, iaitu ke negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman.. itu lah tempat kelahiran dan tempat ayah saya, En. Sahimy, membesar.. seronok bila balik ke kawasan kampung.. aman, tenang, udara hmmmmmm.... oh, very the fresh one!.. Tapi, masa kitaorang sampai Alor Setar, fuhhh punya lah kita tergezut! Jiran sebelah Rizal yang singgah Alor Setar sehari sebelum raya pun tergezut! Bandar Alor Setar, yang famous dengan Pekan Rabu nya ada traffic jam!! Bukannya traffic jam yang biasa-biasa tau! nie memang traffic jam yang horror sampai kete nak bergerak pun payah!


("haaa, sekarang turn you pulak nak ganti pampers baby eh.. haritu i dah buat dah..
jangan nak pura-pura tak tau pulak..")

Sepanjang hidup saya bila balik ke kampung halaman di Alor Setar, tak pernah-pernah jam.. tapi haritu memang sesuatu yang mengejut kan lah.. but come to think of it,eloklah Alor Setar tu ada jam sket.. nampak sangat Kedah maju kan? itu lah target negeri tersebut.. pada tahun 2010, Kedah target untuk menjadi maju! macam KL ke? kalau maju dari segi pembangunan, yes boleh jadi macam KL.. tapi kalau maju dari segi menambahkan kesesakkan jalan raya, tolonglah jangan macam KL.. karang balik kampung jam, balik ke KL pun jam.. takde beza..


(Makan lagi.. tadi gambar kat atas, gambar makan.. lepas tu gambar tengah lepak..
sekarang gambar makan lagi.. lepas ni gambar aper pulak??)

Hari raya, seperti biasa lah.. dapat jumpa sedara-mara, makcik2, pakcik2, jiran-jiran kat kampung yang masa kecik2 dulu asyik bergaduh jek ngan diorang! tapi dah besar-besar nie, cuma bergurau senda jek.. mungkin ada kasar sket lah gurauan tu.. saje nak lepas geram for old time sake.. hehe.. tapi dulu masa kecik-kecik, kita collect duit raya.. tapi sekarang kene bagi duit raya!! uwaaaaaaa!! tapi takpe, duit raya yang diberi, akan didapatkan semula.. itulah kegunaannya anak-anak kecil yang kita produce kan?? hahaha!!


(hmmm.. dah agak dah.. gambar tengah lepak a.k.a. mengular sebab dah telan itu kutupat!)

Anywayz, hari ini hari Ahad.. waktu Rizal tulis blog nie adalah 5 October (Ahad) 11:24pm.. besok kene bangun pagi back to work!! lagi lah besar Rizal punya UWAAAAAAA!!!!!! Memang berat lah mataku untuk membuka di pagi Isnin yang indah untuk pulang ke tempat kerjaku setelah puas bercuti raya selama seminggu.. tapi bagus jugak.. takleh cuti lama-lama.. nanti duduk rumah mati akal pulak.. karang mula lah Rizal menyakat orang-orang yang kat rumah nie.. I'll see you all tomorrow.. PEACE!!



Selamat Hari Raya Aidilfitri
DJ Rizal

Komen (2)

Masukkan Komen

Anda dikehendaki login untuk memberi komen. Login Epass sekarang! Tiada Blog lagi? Daftarlah untuk kewujudan dalam talian yang lebih baik sekarang! Ia adalah PERCUMA!